• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dipanjangkan Bermula Esok

oleh Mohd Arshad
29/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dipanjangkan Bermula Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dipanjangkan pada waktu puncak bermula esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, pemanjangan operasi waktu puncak itu bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna susulan gangguan perkhidmatan antara dua stesen iaitu LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Syarikat itu berkata, ia juga membolehkan pengguna merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel, terutama di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan LRT Hang Tuah.

“Waktu puncak pagi akan dipanjangkan dari jam 6.30 hingga 10.30 pagi, berbanding jadual asal iaitu 7 hingga 9.30 pagi.

“Bagi waktu puncak petang pula akan dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam, berbanding jadual asal iaitu 5 petang hingga 7.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Rapid Rail terpaksa menutup laluan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan Bandaraya, disebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Syarikat itu berkata, hasil pemerhatian awal mendapati kelewatan LRT yang berlaku pada hari itu berpunca daripada kerosakan struktur jejambat akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.

Selain itu, Rapid Rail memaklumkan, bilangan bas perantara percuma akan turut ditambah bermula esok, dengan kekerapan 10 minit, bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Katanya, bagi melancarkan perjalanan dan pergerakan penumpang, Rapid KL akan menambah bilangan kakitangan sokongan berjumlah hampir 100 orang bagi mengawal dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan di stesen rel.

“Inisiatif ini adalah komitmen Rapid KL dalam memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah sentiasa dalam tahap terbaik.

“Prasarana memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang dan amat menghargai sokongan dan kesabaran anda. Keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak kami,” katanya.

BHonline-

Tags: LRTRapid RailWaktu Puncak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd