Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

1,755 Kes Baharu, Jumlah...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah tertinggi...

Brunei Haramkan Penjualan Produk...

KERAJAAN Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk...

69 Peratus Penduduk Islam...

WASHINGTON - Majoriti penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) iaitu 69 peratus, memilih...

Video: Warga Emas Dirompak,...

AMAT kurang ajar...Satu rakaman video memaparkan seorang warga emas dipukul dan dirompak beberapa...

UMNO Tuntut Keadilan Terhadap Najib

KUALA LUMPUR: UMNO menuntut keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhi hukuman penjara ke atasnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana aura bekas Perdana Menteri itu kembali menyuntik semangat kebangkitan UMNO selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan memenangi beberapa Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.

“Beberapa langkah politik yang kita ambil, merubah landskap dan sudut pandang rakyat terhadap politik. Sedikit demi sedikit, UMNO kembali diyakini. Apatah lagi tanpa perlu kita apologetik, faktor Bossku, Datuk Seri Najib menjadi antara penyumbang utama, kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

“Walaupun terdapat segelintir pemimpin dalaman kita sendiri, yang cuba menonjolkan diri, ingin menafikan faktor kebangkitan semula UMNO ketika itu. Namun, kita terus bergerak ke hadapan. Tatkala kita memulakan penyatuan ummah, ada pandangan yang menyatakan gerakan politik ini bahaya. Ia dikatakan akan mewujudkan sitiuasi politik yang tidak sihat dan tidak seimbang. Ini memandangkan kita adalah sebuah negara majmuk, pelbagai latar suku dan agama. Kita tidak boleh membentuk gerakan politik yang terlalu kanan (far right).

“Begitu juga apabila fenomena Bossku melanda negara, kelompok kecil di kalangan kita, terus menadakan suara mempertikai Bossku. Diulang-ulang isu mahkamah beliau, walaupun kita tahu, ia adalah pendakwaan politik dan terpilih. Kita menuntut pengadilan kepada bossku,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, hari ini.

UtusanOnline-

Kategori

Leave a Reply