Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Percaya Sindiket Atur...

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menafikan wujudnya sindiket antarabangsa atau...

MARA Diletak Bawah Kementerian...

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di...

Agong, Raja Permaisuri Selesai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

6 Maut Rusuhan Di...

JAKARTA - Seramai enam orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan di ibu kota Indonesia. Menurut...

Turunkan Kadar Tambang ‘Rider’ Keputusan Grab – Menteri

SEPANG – Tindakan syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia untuk menurunkan kadar tambang per kilometer bagi rakan penghantar atau ‘rider’ adalah keputusan yang dibuat syarikat tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu adalah keputusan komersial yang diambil mereka.

“Itu keputusan komersial (turunkan kadar tambang) Grab. Kita belum ada apa-apa maklumat lagi.

“Saya akan minta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk berbincang dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Grab,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan tahun 2023 di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil arah utara pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rungutan ‘rider’ yang tidak berpuas hati dengan kadar per kilometer yang diturunkan oleh syarikat perkhidmatan e-hailing itu.

Sementara itu menerusi laman web Grab mengesahkan tambang per kilometer akan diturunkan namun tambang per minit dinaikkan, oleh itu tambang keseluruhan menjadi lebih kurang sama.

“Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 16 Januari 2023,” kata Grab.


Grab menaikkan kadar tambang per minit dari RM0.20 kepada RM0.43, sementara tambang per kilometer pula diturunkan daripada RM0.70 kepada RM0.25 sen.

Grab turut menjelaskan bahawa pihaknya kini mengambil langkah yang ketara untuk memastikan penunggang syarikat tersebut menerima pampasan berpatutan.

Kata Grab lagi, penunggang akan melihat pampasan yang lebih sesuai semasa waktu puncak, dan perjalanan dari ‘pickup’ hingga ke ‘dropoff’ akan lebih berbaloi dengan insentif baharu.

Untuk rekod, Ogos tahun lalu, Grab Malaysia menjelaskan bahawa syarikat itu tidak pernah menurunkan kadar pembayaran untuk rakan penghantar mereka.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, kebimbangan yang ditimbulkan oleh rakan penghantarnya ketika ini adalah disebabkan oleh gangguan dalam sistem Grab Malaysia yang dialami oleh salah seorang rakan penghantar apabila dia menyedari terdapat percanggahan daripada segi jumlah pembayaran.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori