Friday, April 12, 2024

Creating liberating content

Sah Berita Palsu, Tiada...

JAKARTA - Setelah malu kantoi dakwaan kapal layar mewah Equanimity milik jutawan Malaysia...

2 Lelaki Ditahan, Sorok...

KUALA LUMPUR - Helah menyorokkan dadah dalam peralatan sukan "Smart Balance Wheel" gagal...

Suspek Tukar Status Rumah...

KUALA LUMPUR - Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam...

Sumbangan KWSP Pekerja Dikurangkan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan pekerja...

Tular IPD Kajang Larang Wanita Buat Laporan Polis Tidak Benar

PETALING JAYA : Polis menafikan dakwaan melarang seorang wanita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian kemalangan seperti yang tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam itu, wanita berusia 30-an yang datang ke IPD Kajang dinasihat menukar pakaian bersesuaian sebelum dibenar masuk ke kawasan IPD Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pada mulanya wanita itu tidak puas hati dan bertindak melakukan provokasi terhadap anggota polis yang menasihatinya.

“Anggota sentri bertugas pada mulanya memaklumkan supaya wanita itu meletakkan kenderaannya di belakang IPD Kajang disebabkan tempat letak kereta dalam IPD Kajang tidak mencukupi.

“Anggota sentri kemudian mendapati wanita berkenaan memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut) lalu menasihatinya memakai pakaian bersesuaian jika mahu berurusan di premis kerajaan,” katanya dalam kenyataan sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, wanita itu tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan serta memprovokasi anggota bertugas.


“Anggota sentri sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan meminta dia menukar seluar yang lebih bersesuaian jika ingin berurusan di balai polis.

“Wanita itu kemudian d memandu keluar dari IPD sebelum datang semula 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya dengan memakai seluar panjang,”jelasnya.

Kata Mohd. Zaid, pemakaian seluar panjang oleh wanita itu dalam gambar yang tular di sebuah portal berita berkenaan adalah selepas dia menukar pakaian selepas dinasihatkan oleh anggota bertugas.

“Untuk makluman, IPD Kajang berurusan dengan anggaran 300 orang sehari dan setakat ini, tiada apa-apa isu yang timbul mengenai pakaian.

“Malah, gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada Pos Kawalan sebagai rujukan,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori