Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Dilabelkan Pembunuh Bola...

KUALA LUMPUR - "Saya telah dilabelkan sebagai pembunuh bola sepak Malaysia dan kebanyakan...

Catuan Bekalan Air Di...

KANGAR - Catuan bekalan air di kawasan utara Perlis dari Wang Kelian, Kaki...

CAP Cadang Harga Siling...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mencadangkan agar kerajaan...

Mustahil Mansuh Bayaran Semula...

KANGAR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus menerima realiti agensi...

Tukang Masak Maut Akibat Letupan, Serangan Bermotif Cemburu

Kuala Lumpur : Cemburu dipercayai motif kes pembunuhan tukang masak menggunakan bom buatan sendiri di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes letupan itu direman selama tujuh hari.

Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun ditahan di Serdang, Kedah, malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mereka kemudian terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kedua-dua suspek terbabit direman bermula hari ini sehingga 10 Januari ini.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak sebuah restoran di Pandan Indah, maut selepas membuka sebuah bungkusan yang diletakkan atas bonet keretanya.

Bungkusan berkenaan kemudian meletup secara tiba-tiba sebelum mangsa mengalami kecederaan serius pada badan dan tangannya.

Mangsa maut pada jam 9.50 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Terdahulu, sumber berkata, polis memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan itu di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi.


Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Setakat ini, daripada siasatan polis di tempat kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis percaya suspek kejadian letupan itu menggunakan bom buatan sendiri.

Rumusan itu dibuat susulan penemuan objek tertentu di lokasi kejadian yang mana polis percaya ia adalah kandungan untuk menghasilkan bom.

Antara bahan yang ditemui adalah peranti powerbank, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri.

Polis turut tidak menolak kemungkinan ada lagi bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan letupan namun ia mungkin sudah hangus semasa kejadian.

Polis juga mengesyaki kemahiran membuat bahan letupan dipelajari menerusi media sosial.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori