• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Subvarian ‘Kraken’ Dikesan Ketika Ini – Noor Hisham

oleh Mohd Arshad
10/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Subvarian ‘Kraken’ Dikesan Ketika Ini – Noor Hisham
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada subvarian coronavirus baharu iaitu ‘Kraken’ atau Omicron XBB.1.5 dikesan di Malaysia ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Noor Hisham berkata, pihaknya kini sedang membuat pemantauan lanjut terhadap XBB 1.5 itu yang kini menjadi varian paling dominan di Amerika Syarikat (AS) dan pihaknya akan bekerjasama dengan negara lain bagi melihat dari segi penularan dan keparahan varian baharu itu.

“Kita masih memantau sama ada XBB 1.5 ada kesannya dari segi keparahan dan penularan, setakat ini ia belum dikesan lagi dalam negara,” katanya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), XBB.1.5 ialah keturunan subvarian Omicron XBB yang terjadi daripada persilangan antara dua strain terdahulu, BA.2.75 dan BA.2.10.1.

Pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar Covid-19 dan WHO melabelkan strain itu sebagai ‘subvarian paling mudah berjangkit dengan XBB.1.5 menjadi punca sebahagian besar jangkitan di AS.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19Noor HishamSubvarian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd