• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: RM21.1 Juta Tambahan Selenggara Cerun

oleh Mohd Arshad
16/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tanah Runtuh: RM21.1 Juta Tambahan Selenggara Cerun
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sebanyak RM21.1 juta peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri untuk pembaikan cerun di seluruh negeri susulan tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang mengorbankan 31 nyawa pada pertengahan 16 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, peruntukan itu diluluskan selepas laporan tragedi berkenaan dan cadangan dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu.

“Laporan bencana tanah runtuh Batang Kali dibentangkan kepada MMKN, dan hasil laporan tersebut, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun.

“Garis panduan berhubung aktiviti perniagaan serta tapak perkemahan akan diusahasama oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan keselamatan warga Selangor yang menjalankan aktiviti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, selain 31 kematian dicatatkan, tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Genting Highland itu menjejaskan kesemua 92 mangsa termasuk kanak-kanak ketika mereka sedang menginap di Father’s Organic Farm.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MMKN turut membincangkan kejadian tanah runtuh di Bukit Permai Fasa 2, Ampang pada Mac tahun lalu yang menyebabkan 15 buah rumah terpaksa dikosongkan berikutan tidak selamat untuk diduduki.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan notis kepada penduduk 15 buah rumah supaya dikosongkan kerana kawasan tersebut tidak selamat untuk diduduki akibat pergerakan tanah.

“Oleh yang demikian, kerja-kerja pengukuhan tebing sedang dilaksanakan sementara menanti laporan penuh analisis daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat disiapkan,” ujarnya.

Sementara itu dalam mesyuarat sama, Amirudin turut memberitahu komitmen kerajaan untuk menyelenggara dan melebarkan jalan di bawah kelolaan kerajaan negeri dengan memperuntukkan RM50 juta yang akan bermula dalam masa terdekat.

UtusanOnline-

Tags: Amirudin Shariselangortanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mak Khuin Weng Kongsi Pandangan Isu Penternakan Babi

Mak Khuin Weng Kongsi Pandangan Isu Penternakan Babi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mak Khuin Weng berkongsi pandangan beliau tentang kontroversi membabitkan isu...

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

23/04/2026
0

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd