Sample Page Title

Kota Kinabalu : Tahun Arnab, yang menandakan tahun harapan dalam masyarakat Tionghua, amat bertepatan untuk tahun ini apabila Sabah dan negara menaruh harapan besar untuk pulih daripada impak akibat pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, Tahun Arnab berdasarkan Zodiak Cina itu, juga diharap dapat mencerminkan sifat arnab yang selalu dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang.

“Semoga Tahun ini akan membawa lebih banyak keharmonian, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri Sabah,” katanya menerusi kenyataan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Beliau berkata semua pihak di Sabah bersyukur perayaan itu turut diraikan bersama rakyat pelbagai kaum serta agama di negeri ini dalam suasana aman, harmoni dan penuh muhibah.

Katanya kerajaan negeri juga sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat Tionghua untukmenganjurkan aktiviti kebudayaan mereka termasuk Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata sifat arnab yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang itu diharap dapat memberikan impak yang sama kepada rakyat Sabah.

“Semoga rakyat Sabah juga mendapat keamanan, kemakmuran dan umur panjang pada Tahun Arnab ini selain mendapat rezeki yang melimpah ruah,” katanya.


Presiden Parti Maju Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee berkata petunjuk utama pertumbuhan ekonomi seperti peningkatan pelaburan, pengeluaran tenaga, pengeluaran makanan, hartanah, pelancongan dan logistik akan menyaksikan Sabah berkembang lebih sihat tahun ini.

Beliau berkata setelah melihat pelbagai cabaran yang dihadapi Sabah, beliau yakin negeri di Bawah Bayu itu akan tampil lebih kuat berbanding sebelum ini dalam penjajaran semula politik Malaysia yang baharu.

“Bertentangan dengan banyak ramalan penganalisis ekonomi seperti yang dilaporkan dalam media, saya percaya bahawa tahun Arnab pada tahun ini bukan tahun kemelesetan ekonomi bagi Asia, termasuk Sabah,” katanya.

Sementara itu Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dengan kerjasama kerajaan Sabah akan menganjurkan perjumpaan Tahun Baharu Cina di Dewan Hakka di Tanjung Lipat di sini, pada 23 Jan mulai 12 tengah hari.

Presiden FCAS Tan Sri T.C Goh berkata FCAS menzahirkan sepenuh penghargaan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Hajiji atas perhatian dan sokongan berterusan dan majlis tersebut akan diserikan dengan pelbagai program menarik termasuk tarian singa serta persembahan nyanyian dan tarian oleh artis tempatan.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...