Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

12 Pegawai, Anggota Polis...

GEORGETOWN - Seramai 12 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik...

Penjawat Awam Ketagih ‘Game...

MELAKA - Isu ketagihan permainan dalam talian dilihat semakin bertambah serius sejak kebelakangan...

PAS Bimbang Mueller Urus...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) kurang senang dengan pelantikan Ketua...

“Tak Apalah Jika Ramasamy...

KUALA LUMPUR - Biarpun bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir...

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu kali ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan usul berkenaan diterima perwakilan.

Katanya undian dijalankan melalui kiraan tangan dan perwakilan yang berdiri sebagai menyatakan sokongan.

Menurut sumber dalaman pula, usul tersebut diterima “dengan majoriti besar”.

“Lulus juga,” kata Khaled kepada Malaysiakini.

Ditanya mengenai proses pengundian, Khaled berkata perwakilan berdiri dan mengangkat tangan sebagai tanda sokongan.

“Berdiri dan angkat tangan,” tambahnya lagi.

Semalam, perwakilan Negeri Sembilan mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.


Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang tadi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.

Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.

Perwakilan Johor dan Wilayah Persekutuan yang membahas usul dasar presiden bagaimanapun menolak usul supaya dua jawatan utama tidak dipertandingkan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil, berkata usul berkenaan disokong hampir kesemua perwakilan yang hadir.

Katanya, semua usul yang dikemukakan pada persidangan kali ini telah diluluskan oleh perwakilan Umno.

“Alhamdulillah setelah dicadang dan dibahas, semua usul yang dibawa oleh perwakilan-perwakilan Umno dari negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk usul tambahan (supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini) telah diterima dan disokong oleh hampir semua perwakilan dalam Dewan Merdeka petang ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori