• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan 14 Tahun Maut Dihempap Pokok Tumbang

oleh AK-47
20/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Remaja Perempuan 14 Tahun Maut Dihempap Pokok Tumbang
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala selepas dihempap dahan pokok dalam kejadian ribut di Kampung Balok Baru, dekat Kuantan, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikatakan sedang bermain dengan adiknya di kawasan taman permainan ketika kejadian dan tidak sempat menyelamatkan diri apabila sebatang pokok tiba-tiba tumbang.

“Laporan mengenai insiden itu dibuat bapa mangsa, Mohamad Hasnizan Manan, 45, di Balai Polis Beserah kira-kira jam 9 malam tadi.

“Mangsa dikenali sebagai Aliya Zahra, berusia 14 tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan, dekat Gebeng.

“Kejadian itu berlaku antara jam 5 hingga 6 petang ketika mangsa dan adiknya berusia sembilan tahun sedang bermain di taman permainan Taman Balok Baru 1, Beserah sebelum ribut melanda kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, lewat malam tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan awal di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Wan Mohd Zahari berkata, bapa mangsa adalah seorang peniaga burger dan berada di gerai miliknya kira-kira 90 meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 6.35 petang.

“Laporan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng berkaitan kes pokok tumbang menghempap kanak-kanak perempuan, empat buah kenderaan awam dan kabel elektrik.

“Sebaik menerima laporan, seramai tujuh pegawai dan anggota dari BBP Gebeng dihantar ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

“Pasukan bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum mangsa dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: mautpokokremaja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johor Baik Pulih 73 Masjid, Surau Daif

Next Post

Representasi Ditolak, Pemilik Bersama Crackhouse Comedy Club Dibicarakan April

Related Posts

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Next Post
Representasi Ditolak, Pemilik Bersama Crackhouse Comedy Club Dibicarakan April

Representasi Ditolak, Pemilik Bersama Crackhouse Comedy Club Dibicarakan April

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd