• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prorakyat Kemuka Resolusi Pencarum KWSP Kepada PM

oleh AK-47
15/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Prorakyat Kemuka Resolusi Pencarum KWSP Kepada PM
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA : Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) hari ini mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Summit USJ.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penyerahan resolusi itu dilakukan oleh Presiden Prorakyat, Khairul Anuar Othman menerusi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin bersama beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan para pencarum KWSP yang turut hadir.

Khairul berkata, resolusi dan tuntutan tersebut susulan aduan-aduan yang diterima oleh Prorakyat daripada pencarum-pencarum KWSP melalui talian dan media sosial.

Katanya, antara tuntutan para pencarum adalah tuntutan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 sehingga RM30,000 ‘one-off’ sebagai solusi jangka pendek supaya rakyat tidak terputus wang tunai.

“Ada dalam kalangan pencarum ketika ini mempunyai tunggakan pinjaman bank yang perlu diselesaikan, tidak kurang juga yang hilang pekerjaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan ada juga yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan selepas kehilangan pekerjaan.

“Pinjaman daripada Tekun dan bank bukanlah jalan terbaik ketika ini,” katanya pada sidang media.

Tambah beliau, pengeluaran KWSP terbukti akan menggalakkan proses pemulihan ekonomi kerana pemulihan aliran wang akan berlaku melalui pembelian barang keperluan, pembayaran hutang, pembayaran bil-bil tertunggak, perbelanjaan sekolah anak-anak dan lain-lain.

Tegasnya, seramai 7.5 juta pencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada resolusi itu sekiranya dilaksanakan seperti pelaksanaan pengeluaran khas KWSP pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Azman Abidin berkata, resolusi itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dengan kebijaksanaan beliau.

“Saya hanya menerima usul ini dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan, soal pelaksanaan, semuanya bergantung kepada keputusan beliau,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: KWSPpmProrakyatResolusi Pencarum KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd