• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Anggota Benarkan Rakan Pegang, Bergambar Dengan Senjata Api

oleh Mohd Arshad
12/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Siasat Anggota Benarkan Rakan Pegang, Bergambar Dengan Senjata Api
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang anggota polis yang membenarkan rakannya yang juga orang awam memegang dan bergambar dengan senjata api.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya mengesan gambar memaparkan anggota berpakaian seragam polis dengan orang awam itu tular di media sosial Twitter menerusi satu akaun bernama @evvok.

Katanya, siasatan awal mendapati anggota polis itu bertugas di Balai Polis Taman Johor Jaya, manakala lelaki yang memegang senjata api jenis HK-MP5 itu pula adalah rakannya.

“Gambar terbabit diambil oleh seorang lagi orang awam pada jam 2.43 pagi semalam di hadapan balai polis itu.

“Ketika gambar itu diambil, anggota polis berkenaan sedang bertugas membuat pengawalan di Pos Pengawal Balai Polis terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, tujuan gambar itu diambil adalah sebagai kenang-kenangan, namun ia dimuat naik ke dalam media sosial sehingga tular.

“Orang awam yang memegang senjata api dan seorang lagi individu awam yang mengambil gambar itu adalah rakan kepada anggota polis berkenaan yang semuanya berusia 25 tahun.

“Tindakan anggota polis itu membenarkan orang awam memegang senjata api ketika bertugas adalah satu kesalahan yang melanggar tata kelakuan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Anggota itu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Terdahulu, tular gambar memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam polis sedang menghisap rokok bersama seorang orang awam yang sedang memegang senjata api.

Satu lagi gambar menunjukkan orang awam itu membuat gaya seperti mengacukan senjata api berkenaan ke arah anggota polis terbabit.

BHonline-

Tags: polisrakansenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Arahan Menteri Isytihar Harta – Rafizi

Next Post

Penjawat Awam Ditangkap Miliki Cecair Vape Mengandungi Dadah

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Penjawat Awam Ditangkap Miliki Cecair Vape Mengandungi Dadah

Penjawat Awam Ditangkap Miliki Cecair Vape Mengandungi Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd