Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Beradik Mati Lemas...

DUA beradik dipercayai mati lemas ketika khemah yang dipasang jatuh ke dalam kolam...

Samsung Galaxy S8 Akan...

RAMAI sedia maklum dengan tragedi buruk yang menimpa peranti Galaxy Note7 tahun lalu...

Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Untuk membina sebuah sistem kesihatan yang lebih baik, pengetahuan pengamal...

Polis Tahan Empat Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki termasuk seorang rakyat Myanmar yang disyaki anggota geng...

Polis Kota Setar Tahan 367 Samseng Jalanan

ALOR SETAR : Sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini sebelum mereka dikepung pasukan polis yang kemudian menahan 367 individu dalam Op Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata 342 motosikal dan kereta ditahan dalam gerakan dilancarkan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Beliau berkata, intipan dilakukan hampir satu jam di lokasi bermula jam 2.30 pagi tadi, mendapati kumpulan remaja bermotosikal mula memenuhi kiri dan kanan Jalan Pegawai, melakukan pelbagai aksi untuk menduga kelajuan dan menunggang secara berbahaya.

“Polis mula melakukan kepungan tepat jam 3.30 pagi. Ada yang cuba meloloskan diri, namun gagal apabila semua laluan keluar dari lokasi ditutup rapi oleh pasukan operasi,” katanya.


Beliau berkata, kesemua 342 kenderaan motosikal dan kereta yang membabitkan 367 individu berjaya ditahan untuk tujuan pemeriksaan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 254 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 22 motosikal lain disita untuk tindakan lanjut. Operasi berakhir sekitar jam 8 pagi tadi,”katanya.

Katanya, pasukan operasi membabitkan kekuatan seramai empat pegawai kanan dan 60 anggota, termasuk anggota bantuan dari lain-lain bahagian dan balai di bawah pentadbiran IPD Kota Setar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori