Sample Page Title

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan restoran terpaksa dinaikkan sehingga 10 hingga 40 peratus didakwa susulan kenaikan harga barang mentah ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tinjauan harga purata makanan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan peningkatan harga makanan yang membimbangkan pengguna.

Menurutnya, mereka yang bekerja dan makan di luar setiap hari terkesan dengan kenaikan harga itu terutama golongan berpendapatan rendah.

“Nampaknya dalam subkumpulan makanan dan minuman (bukan alkohol) harga daging dan ayam meningkat.

“Akibatnya inflasi ayam dan daging tertinggi berbanding dengan barangan lain telah meningkatkan harga makanan masak di kedai makan termasuk di gerai.

“Hampir semua restoran kini meningkatkan harga, malah ada yang caj hingga 60 sen segelas ais kosong.

“Aduan diterima daripada pengguna mendapati pengusaha gerai dan restoran menaikkan harga pada kadar 10 hingga 40 peratus. Pengguna berasa kenaikan terlalu tinggi hingga menjejaskan pengunjung restoran yang menjadi pelanggan harian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Azmi berkata, pengusaha makanan dan minuman memberi alasan terpaksa menaikkan harga kerana harga bahan mentah seperti minyak masak, gula, sayuran, ikan, bijirin , telur dan daging daripada pembekal sudah dinaikkan.

Bagaimanapun katanya, walaupun harga bahan mentah naik, pihaknya berpandangan harga makanan masak dan minuman tidak seharusnya dinaikkan tanpa kawalan.


“Golongan berpendapatan rendah yang tidak punya pilihan melainkan membeli makanan (di luar) akan menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin berat. Menaikkan harga makanan masak secara berlebihan akhirnya akan menjejaskan peniaga sendiri apabila pengguna membuat pilihan.

“Pengguna boleh mengguna kuasa mereka untuk membeli atau tidak. Kerana itu kenaikan yang melampau perlu dikawal dan pihak berkuasa perlu memantau keadaan di pasaran.

“Walaupun tanda harga wajib dipamerkan di setiap restoran dan gerai tetapi harga ditetapkan oleh peniaga dan pengusaha,” katanya.

Katanya, selain faktor bekalan dan harga bahan mentah juga perlu ditangani serta pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah meningkatkan pengeluaran domestik, pengurangan import dari luar negara perlu diusahakan dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

Beliau berkata, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 perlu dikuatkuasakan secara berkesan selain kuasa pengguna juga perlu digunakan jika ada pengusaha yang masih meraih keuntungan keterlaluan.

Mohd Azmi yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara berkata, pengguna diminta melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui EzyADU jika ada restoran atau kedai makan menaikkan harga secara melampau.

“Kuasa dan suara pengguna perlu diaktifkan jika berlaku salah laku peniaga dan pengguna bertindak untuk tidak dieksploitasikan.

“Pihak persatuan restoran perlu berusaha membantu mengurangkan harga makanan masak ketahap munasabah. Mereka harus mengambil kira nasib golongan berpendapatan rendah untuk menghadapi tekanan kos sara hidup,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...