• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Beberapa Sayur Alami Kenaikan

oleh Mohd Arshad
16/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Harga Beberapa Sayur Alami Kenaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Beberapa sayur-sayuran didakwa mengalami kenaikan di ibu negara berikutan bekalan yang kurang dan faktor cuaca.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Antara sayur-sayuran yang mengalami kenaikan adalah kacang panjang, tomato, kacang botol, salad, kubis dan daun sup.

Peniaga sayur, Suhaili Mohd Ali, 52, berkata kacang panjang dijual pada harga RM10 sekilogram kira-kira sebulan lalu, tetapi kini naik ke RM12 sekilogram.

“Selain kacang panjang, tomato juga naik harga daripada RM4 ke RM8 sekilogram. Kacang botol turut naik mendadak sebanyak RM20 sekilogram berbanding sebelum ini harganya RM8 sekilogram.

“Kubis pula naik daripada RM3 ke RM6 sekilogram. Semua sayur-sayuran ini naik sejak sebulan yang lalu.

“Manakala sayur yang naik bermula dua minggu lalu pula adalah salad. Sebelum ini harganya RM10, tetapi naik sehingga ke RM20 sekilogram,” katanya ketika ditemui di Pasar Chow Kit, hari ini.

Katanya, antara faktor kenaikan harga sayur-sayuran ini disebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

“Bila kurang, harganya akan naik. Selain faktor stok, cuaca (tidak menentu) juga menyebabkan harga sayur ini naik,” katanya.

Peniaga lain yang mahu dikenali sebagai Awee, 63, pula menyatakan daun sup yang dijualnya mengalami peningkatan harga mendadak.

“Daun sup sahaja yang naik dan mahal. Dua hari lalu, harga daun sup ini naik daripada RM10 ke RM22 sekilogram.

“Itu sahaja sayur yang saya jual mengalami kenaikan mendadak. Yang lain okay.

“Faktor kenaikannya pula disebabkan daun sup ini sukar untuk diperolehi, disebabkan itu ia mengalami kenaikan harga,” katanya.

-Harian Metro

Tags: harga naiksayur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd