• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilan Dos Penggalak Kedua Terus Meningkat

oleh Mohd Arshad
20/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengambilan Dos Penggalak Kedua Terus Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Trend pengambilan dos penggalak kedua di seluruh fasiliti kesihatan menunjukkan peningkatan sejak dua minggu lalu sekali gus menterjemahkan kesedaran rakyat berhubung keperluan mengambil suntikan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustapa berkata, berbanding 1 Januari lalu, pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8 peratus atau 16,279,746 dos kepada 49.9 peratus iaitu sebanyak 16,292,524 dos.

Katanya, dos penggalak kedua juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 peratus atau 733,668 dos berbanding 1.9 peratus atau 633,941 sebelum ini.

“Pengambilan dos penggalak kedua di Sarawak juga meningkat kepada 76,369 dos pada 17 Januari 2023 berbanding 56,462 pada 1 Januari lalu.

“Peningkatan sebanyak 35 peratus itu berlaku dalam tempoh 17 hari. Secara purata, jumlah pengambilan dos penggalak kedua di Sarawak meningkat 20 kali ganda iaitu sebanyak 2,085 dos sehari berbanding 101 dos pada 31 Disember 2022,”’katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menasihatkan individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.

Dalam perkembangan lain, KKM memaklumkan bahawa kes Covid-19 di Malaysia masih kekal di bawah 500 sehari walaupun sejak pembukaan sempadan negara China 8 Januari 2023.

Menurutnya Dr. Zaliha, pelaporan kes harian Covid-19 juga kekal dengan angka tiga digit sejak 17 Disember 2022.

“Berdasarkan laporan, sejumlah 28,705 pengembara dari China dilaporkan tiba di Malaysia sejak 8 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023.

“Setakat ini, hanya seorang daripada pengembara tersebut dikesan mengalami demam semasa saringan.

“Walau bagaimanapun, ujian RTK-Ag yang dijalankan ke atas pengembara tersebut adalah negatif. Tada pengembara dari China yang dikesan positif Covid-19 di pintu masuk antarabangsa negara setakat ini,” katanya.

Tegasnya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO serta kerjasama bersama negara-negara ASEAN dan juga negara China

“KKM akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” jelasnya.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19dos penggalak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd