• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencerobohan Menara Merdeka 118: PDRM Minta Kerjasama Interpol, NCB Moscow

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pencerobohan Menara Merdeka 118: PDRM Minta Kerjasama Interpol, NCB Moscow
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Unit Biro Pusat Nasional (NCB) Moscow bagi mengenal pasti pasangan warga Rusia susulan kes pencerobohan Menara Merdeka 118 pada Disember, tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah merakam keterangan seramai 13 individu termasuk kakitangan menara terbabit.

“Kita telah meminta bantuan Interpol untuk pengesahan dan NCB Moscow untuk mengenal pasti identiti pasangan berkenaan.

“Seterusnya, kita juga sedang menunggu laporan analisa daripada pihak CyberSecurity mengenai video yang dimuat naik oleh mereka,” jelasnya pada media ketika Hari Bersama Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis telah menerima maklum balas dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dipercayai pasangan terbabit telah keluar dari Malaysia.

“Siasatan masih dijalankan dan dalam tindakan untuk dilengkapkan dengan dapatan lain.

“Kami menasihatkan mana-mana bangunan yang mungkin menjadi tumpuan ramai untuk mempertingkat dan memperketat lagi kawalan keselamatan,” tegasnya.

Sehubungan itu, pihaknya juga akan mengadakan sesi perbincangan dan menilai perkara yang perlu ditingkatkan termasuklah kapasiti televisyen litar tertutup serta penempatan pengawal keselamatan.

-Kosmo Online

Tags: InterpolkerjasamaNCB MoscowPDRMPencerobohan Menara Merdeka 118
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbas detik PH mengambil keputusan bekerjasama dengan Tun...

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd