Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen BN, PAS...

KUALA LUMPUR - Pintu 2 Istana Negara hari ini menjadi tumpuan media apabila...

Ikea Hasilkan 10 Soft...

SYARIKAT perabot dan kelengkapan rumah terkenal dari Sweden, Ikea kembali dengan barisan koleksi soft...

Lawak Ke Der 2016...

JENAMA Lawak Ke Der yang merupakan cetusan idea selebriti Datuk Hans Isaac tidak...

RUU Majlis Media Akan...

PARLIMEN l Kerajaan bercadang untuk memasukkan mekanisme aduan dalam draf rang undang-undang (RUU)...

Pemandu Lori Lawan Arus Direman Empat Hari

JOHOR BAHRU – Pemandu lori yang dipercayai memandu melawan arus dan berada di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua, petang Selasa direman selama empat hari mulai Rabu hingga Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman terhadap lelaki berumur 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dilaporkan berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Selasa selepas menerima laporan mengenai sebuah lori yang dipandu melawan arus di Linkedua, Iskandar Puteri, sehingga menyebabkan kemalangan ke atas dua kereta yang datang dari arah bertentangan.


Menurut siasatan awal, kejadian pada jam 4.30 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas tetapi telah terlepas susur ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan kemudiannya memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur Pelabuhan Tanjung Pelepas dan bertembung dengan dua kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera, yang berada di laluan itu sehingga menyebabkan seorang daripada pemandu kereta berkenaan cedera.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori