Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Najib Terkilan Tiada Lagi...

KESAL... Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat meraikan...

Guna Kertas Rompak Bank...

SINGAPURA - Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang...

Trump Beri Amaran Keras...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump membalas komen perang Presiden Iran, Hassan...

Pelajar Tahfiz Terima Anugerah...

BANGI – Seorang pelajar Maahad Tahfiz yang berjaya menyelamatkan rakannya dalam kebakaran di...

PAU2022: Mohon Beritahu Saya, Mana Satu Perwakilan Import, KJ – Isham

PETALING JAYA : UMNO menafikan dakwaan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang mendakwa parti membawa perwakilan ‘import’ untuk memastikan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan diluluskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, tuduhan daripada bekas Ahli Parlimen Rembau bahawa terdapat perwakilan ‘import’ itu tidak benar memandangkan beliau sendiri berada di dalam Dewan Merdeka.

Sarannya, Khairy sendiri perlu hadir ke dewan tersebut dan menunjukkan perwakilan ‘import’ seperti yang didakwa beliau.

“KJ (Khairy) pastinya tahu, setiap perwakilan di dalam Dewan Merdeka mewakili bahagian masing-masing kenal sesama sendiri yang duduk di barisan kerusi mereka atau siapa yang duduk di sebelah mereka.

“Jika ada orang yang mereka tidak kenal atau tidak sepatutnya berada di situ, mereka akan tahu dan pemeriksa-pemeriksa pas pun akan tahu,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu media melaporkan, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan mendakwa, beberapa tanda nama yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka di sini, ditanggalkan untuk undian usul pada petang ini sempena Perhimpunan Agung UMNO.


Menerusi satu video di akaun TikTok, Khairy berkata, tindakan membawa itu dipercayai bagi membolehkan perwakilan ‘import’ dibawa masuk untuk sorak dan ‘bulldoze’ usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Sementara itu Isham turut berharap Khairy meminta maaf kepada pihak-pihak yang terkesan dengan tuduhan beliau.

“Saya harap KJ dapat meminta maaf kepada semua perwakilan-perwakilan UMNO di sini kerana menuduh mereka diimport.

“Minta maaf kepada pemeriksa-pemeriksa pas dan Skuad Sabil Pemuda kerana memfitnah mereka tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Salam,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori