• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tentu Sendiri Bubar DUN 3 Negeri, Terpulang PH Nak Ikut – Hadi Awang

oleh AK-47
21/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Tentu Sendiri Bubar DUN 3 Negeri, Terpulang PH Nak Ikut – Hadi Awang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH : PAS akan menentukan sendiri mengenai tarikh bersesuaian untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan di peringkat kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat keputusan mengenai masa sesuai untuk diadakan PRN.

“Kami akan berbincang antara kami sendiri…terpulang kepada kami (untuk menentukannya), sama ada mereka (Pakatan Harapan) mahu ikut ataupun tidak (itu terpulang).

“Selama ini banyak mereka tak ikut kami, kami buat kenyataan sebelum ini tidak ikut Parlimen (Pilihan Raya Umum Ke-15), tapi mereka ikut juga.

“Kita tidak tahu terpulang kepada mereka, kami ada keputusan kami sendiri dan akan dibincang dalam mesyuarat akan datang, insya-Allah untuk menentukan PRN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Semarak Gelombang Rakyat Bersama PN dan kenduri rakyat di Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertingi (MPT) BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Sith dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, PAS bersama parti gabungan PN akan meneliti semua aspek sebelum menetapkan tarikh membubarkan DUN di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kami akan bincang sesama kami dahulu, itu yang penting, kami sedang mengkaji, kesan-kesan kepada pengundi, pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda, orang cuti balik hari raya, itu semua perlu dikaji,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan tindakan UMNO Terengganu yang cuba mencabar kemenangan PAS di Parlimen Marang dan dua Parlimen lain iaitu Kuala Terengganu dan Kemaman menerusi petisyen pilihan raya sebagai gerak saraf.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memfailkan petisyen berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas alasan dakwaan wujud rasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen terbabit ketika kempen PRU-15.

-Berita Harian

Tags: Bubar DunHadi AwangPASPH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rundingan Awal Agihan Kerusi Bersama BN Bermula – Rafizi

Next Post

EU Diberi Amaran Kerana Labelkan IRGC Pengganas

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post
EU Diberi Amaran Kerana Labelkan IRGC Pengganas

EU Diberi Amaran Kerana Labelkan IRGC Pengganas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd