• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Belum Terima Jemputan PH Runding PRN Serentak

oleh Mohd Arshad
31/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Belum Terima Jemputan PH Runding PRN Serentak
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Pas belum menerima jemputan daripada Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, cadangan itu hanya diusulkan oleh PH semasa pertemuan yang dibuat oleh mereka sahaja.

“Dalam konteks ini, Pas serah kepada parti untuk membuat keputusan.

“Pucuk pimpinan parti juga akan mengadakan perbincangan tidak lama lagi bagi menentukan tarikh PRN yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2023 di sini, hari ini.

Utusan Online pada 21 Januari lalu melaporkan, Pas akan membuat keputusan sendiri bilakah tarikh yang dilihat sesuai bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus memberi laluan kepada PRN di tiga buah negeri ditadbir parti itu ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan akan dibuat di peringkat parti itu terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum tarikh sesuai dapat ditetapkan.

“Kami akan berbincang antara kami sendiri, terpulang kepada kami sama ada mereka (Pakatan Harapan) mahu ikut ataupun tidak. Selama ini banyak mereka ikut kami, kami buat kenyataan sebelum ini tidak ikut Parlimen (Pilihan Raya Umum Ke-15) mereka ikut juga.

“Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka. Kami ada keputusan kami sendiri, akan dibincang dalam mesyuarat akan datang, insya-Allah untuk menentukan PRN.

“Kami akan bincang sesama kami dahulu, itu yang penting. Kami sedang mengkaji kesan-kesan kepada pengundi, pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda, orang cuti balik hari raya, itu semua perlu dikaji,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PASPHPRN Serentak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd