• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rohingya Mengaku Raba Budak

oleh Mohd Arshad
09/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Rohingya Mengaku Raba Budak
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Seorang lelaki Rohingya berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Korimullah Abdu Rahman, 35, yang bekerja sebagai buruh binaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan penetapan hukuman sehingga 31 Januari ini untuk serahan fakta kes dan pelantikan jurubahasa Rohingya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang berbangsa Rohingya didapati telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 8 bulan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam di sebuah rumah di Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 26 Disember 2022.

Tertuduh boleh dipenjara 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dengan alasan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tertuduh masih dalam proses permohonan.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, padah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga merupakan anak jirannya, seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan itu diberkas di hadapan rumahnya di Semabok di sini, 28 Disember 2022.

Beliau berkata, tangkapan dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 27 Disember lalu.

-Utusan Online

Tags: Lelaki Rohingyaraba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

Next Post

Adun GRS, PH, UMNO Berkumpul Semula Di Sri Gaya

Related Posts

Petugas ‘Petting Zoo’ Raba Budak Lelaki, Ditahan Reman Tujuh Hari

Petugas ‘Petting Zoo’ Raba Budak Lelaki, Ditahan Reman Tujuh Hari

30/05/2023
0

SEPANG: Seorang petugas aktiviti di zoo mini haiwan jinak atau ‘petting zoo’ ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kerana dipercayai...

Jolok Dipenjara 4 Tahun, Raba Anak Jiran

Jolok Dipenjara 4 Tahun, Raba Anak Jiran

13/10/2022
0

Melaka : Lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas disabitkan kesalahan melakukan amang...

Next Post
Adun GRS, PH, UMNO Berkumpul Semula Di Sri Gaya

Adun GRS, PH, UMNO Berkumpul Semula Di Sri Gaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd