Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Boeing, SpaceX Dapat Kontrak...

WASHINGTON - NASA akan bekerjasama dengan Boeing dan SpaceX untuk membina 'teksi angkasa'...

Batik Fun Walk 2015...

KUALA LUMPUR - Acara 'Batik Fun Walk 2015' atau Batik Riang Ria Jalan...

Malaysia Terus Komited Terhadap...

KUALA LUMPUR : Malaysia mengesahkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap pengharaman senjata nuklear...

Lebih 7 Jam 400...

NASIB malang ditimpa kira-kira 400 penumpang feri dari Langkawi apabila masa tujuh jam...

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang jawatan dalam kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Terima kasih kepada semua yang berbaik sangka dan menaruh harapan. Saya tidak menyebutkan apa-apa mengenainya di dalam status tersebut.

“Apa yang pasti ia merupakan teguran oleh perdana menteri untuk saya kembali aktif membantu parti (PKR) dan PH menjelang PRN di negeri-negeri yang diperintah oleh PH sekarang, terutamanya Selangor dan Negeri Sembilan.

“Saya pun telah bersetuju dan menawarkan diri membantu menteri besar di kedua-dua buah negeri untuk pusing keliling Selangor dan Negeri Sembilan di dalam waktu terdekat,” katanya.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Maszlee membayangkan dia mungkin kembali berkhidmat dengan kerajaan baru selepas bertemu dengan Anwar baru-baru ini.

Dia antaranya berkata Anwar memberitahunya supaya bersiap sedia kerana “cuti sabatikalnya” akan tamat tidak lama lagi.


Dia menyiarkan beberapa siri gambar termasuk dirinya dan Anwar pada mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) PKR.

Sementara itu Maszlee berkata, tiada apa (jawatan) yang dijanjikan Anwar sebaliknya pengorbanan demi rakyat.

“Jawatan? Tiada apa yang dijanjikan. Apa yang diminta ialah pengorbanan demi rakyat setakat ini. Wallahuaklam,” jelasnya di media sosial.

Selain itu bekas anggota Parlimen Simpan Renggam itu juga menawarkan diri untuk turun padang memberikan motivasi kepada guru dalam usaha memulihkan anak murid selepas Covid-19.

“Melalui jerayawara itu juga diharapkan saya akan dapat membawa inspirasi dan suara menteri serta kerajaan kepada para guru untuk terus membangunkan pendidikan,” kata Maszlee.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori