Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di R&R...

TEMERLOH (Bernama) -- Lebih 50 mangsa banjir yang menumpang sementara di R&R Temerloh...

120 Jam Terakhir Untuk...

Putrajaya : Penggunaan dua dron berteknologi tinggi menjadi sandaran sepanjang operasi mencari dan...

Keadaan Anwar Bertambah Baik...

SHAH ALAM – Keadaan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri...

Lelaki Pukul Isteri Guna Topi Keledar Positif Dadah

GUA MUSANG – Seorang lelaki yang dipercayai bertindak memukul isterinya menggunakan topi keledar di sebuah kedai makan di Paloh di sini pada Khamis lalu didapati positif dadah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek berusia 35 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, suspek ditangkap oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah pada 2.30 petang Sabtu.

“Suspek bekerja sendiri manakala isterinya berusia 35 tahun merupakan pembantu tukang masak di sebuah kedai makan.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas senjata (topi keledar) yang digunakan oleh suspek untuk memukul isterinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Ujarnya, suspek direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu untuk membantu siasatan.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video tular mengenai kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis.

Tindakan itu menimbulkan kecaman dalam kalangan warganet sehingga ada yang mencadangkan pelaku dikenakan tindakan setimpal.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori