Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pertimbang Pekerja Asing...

CAMERON HIGHLANDS - Kerajaan akan mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari Afrika bagi menampung...

Flat Di Singapura Terbakar...

SINGAPURA - Sebahagian daripada sebuah unit flat lima bilik di Blok 750, Pasir...

Sikap Ambil Mudah Pemain,...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail kecewa dengan sikap ambil mudah...

Cyber Games Mampu Jana...

KUALA LUMPUR — Kerajaan merancang untuk mengangkat 'cyber games' atau E-Sukan sebagai industri...

LCS: Mindef Puas Hati, Yakin Kapal Pertama Siap 2024

LUMUT – Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan status terkini proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) termasuk sebuah daripada enam kapal yang diyakini siap pada tahun hadapan, kata menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Mohamad, hasil lawatan beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Isnin mendapati pembinaan kapal-kapal tersebut menepati masa ditetapkan secara berperingkat mengikut kesesuaian masing-masing.

“Untuk kapal pertama, ia telah 70 peratus (siap). Tinggal satu blok sahaja yang perlu dilengkapkan, ia tidak ambil masa. Bahagian enjin, baling-baling, kotak gear telah dimasukkan, tinggal peralatan elektrik dan kemudiannya senjata.

“Saya yakin, kapal pertama ini akan siap pada 2024 sebelum ujian di peringkat pelayaran di laut dan kemudiannya ditauliahkan,” katanya pada sidang media selepas lawatannya pada Isnin.

Mohamad sebelum ini dilapor berkata, kerajaan akan meneruskan projek pembinaan LCS sebagai sebahagian daripada pengukuhan pertahanan negara dan tentera laut dengan usaha itu turut membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi merealisasikan penyiapan aset ketenteraan berkenaan.


Dilapor, Kementerian Pertahanan juga sudah berunding untuk membawa kertas projek itu untuk terus berjumpa dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos lepas itu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Pada 2 Oktober lepas, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilaporkan berkata, pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun lepas.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori