Sample Page Title

Pemimpin empat parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membidas tindakan pemimpin BN Sabah Bung Moktar Radin yang membawa parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kata mereka, tindakan mereka sejak awal mengadakan perbincangan dengan Warisan untuk menggugat kestabilan politik di negeri terbabit.

Langkah terbaru Umno Sabah itu, kata mereka, adalah tindakan susulan selepas cubaan pertama pada 5 Jan lalu gagal.

Pun begitu, kata mereka, tindakan terbaru Umno Sabah itu tidak menggugat kerajaan semasa di negeri berkenaan.

“Pengumuman tersebut tidak memberikan kesan terhadap kedudukan semasa Hajiji kerana keabsahan ketua menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Adun berpandukan kepada perlembagaan negeri.

“Hajiji kekal sebagai ketua menteri Sabah dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden Parti Bersatu Sabah, Maximus J Ongkili; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kittingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, dan Presiden Usno Pandikar Amin Mulia.

Tolak langkah ‘pintu belakang’

Malam tadi politik Sabah terus bergelora dengan pengumuman dibuat Bung Moktar mengenai pendirian terkini BN untuk tidak lagi menyokong Hajiji sebagai ketua menteri.

Kata Bung Moktar keputusan itu dibuat selepas mereka mengadakan mesyuarat bersama Adun BN dan berpendapat Hajiji melanggar persefahaman politik dengan BN Sabah sebelum ini.


Kelmarin tersebar desas-desus mengenai kemungkinan berlaku langkah tertentu untuk menjatuhkan Hajiji apabila Warisan dilaporkan mahu membuat pengumuman tertentu.

Bagaimanapun ia bertukar menjadi sesi minum petang dan tiada sebarang pengumuman dibuat, namun terus menghangatkan khabar mengenai kemungkinan berlaku langkah tertentu untuk menjatuhkan pemimpin terbabit.

Untuk rekod DUN Sabah setakat ini belum meluluskan sebarang peraturan yang menghalang mana-mana wakil rakyatnya melompat parti.

PBS, Star, SAPP dan Usno menegaskan sehingga kini wakil dari GRS kekal memberikan dukungan kepada Hajiji.

Pada masa sama mereka menegaskan ketika ini GRS merupakan sebuah parti politik dengan jumlah Adun paling banyak dalam DUN Sabah berbanding pihak BN.

“GRS juga menghargai sokongan majoriti Adun lain terhadap Hajiji sebagai ketua menteri termasuk daripada PH dan Aduin yang dilantik,” katanya.

Mereka juga memberitahu komitmen yang diberikan itu berdasarkan kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu.

Kata mereka, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya negeri lalu.

“Sebarang gerakan untuk membentuk kerajaan dari ‘pintu belakang’ dan di luar proses pilihan raya adalah tindakan mengkhianati mandat rakyat, justeru mesti ditolak,” katanya.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...