Sample Page Title

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa keadaan politik di Sabah berada keadaan terkawal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hal itu di tengah-tengah pergolakan yang berlaku antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung keabsahan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Anwar berkata, beliau telah berhubung dengan Hajiji mengenai perkara itu sekaligus mengulangi kenyataan semalam bahawa keadaan ‘tenang’ dan tiada sebarang gejolak berlaku membabitkan usaha menggulingkan pentadbiran sedia ada kerajaan negeri.

“Saya juga difahamkan yang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah bercakap dengan (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah) Datuk Seri Bung Moktar Radin dan keadaan terkawal untuk seketika ini.

“Insya-Allah, kerajaan dapat pastikan keadaan pengurusan kerajaan negeri (Sabah) tidak terjejas kerana keutamaan kita adalah menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat PKR di sini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau akan memberi perhatian semula berhubung krisis politik yang sedang berlaku di negeri itu selepas tiba daripada Jakarta.

Beliau dijadual ke republik berkenaan selama dua hari bermula esok bagi memperkasa kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

“Pastinya, Inshaallah selepas balik daripada Jakarta nanti, saya akan beri perhatian khusus kepada perkembangan di Sabah,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Anwar berkata belum menerima sebarang jemputan daripada UMNO bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadual pada 11 hingga 14 Januari ini.

“Dalam politik atau kehidupan ini tidak boleh ‘seandainya’ dijemput. Sekarang belum ada jemputan jadi tidak payah buat apa-apa perkembangan. Lagipun, ini soal parti UMNO, saya pula PKR,” katanya.

Belum sampai satu penggal DUN Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, politik negeri itu masih tidak stabil selepas Bung Moktar semalam menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Sebelum itu, timbul cakap-cakap berlaku langkah tertentu untuk menjatuhkan Hajiji apabila Warisan dilaporkan mahu membuat pengumuman tertentu, namun ia tidak diteruskan.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah menegaskan sama sekali tidak menyokong pembentukan kerajaan melalui ‘pintu belakang’ malah menyokong Hajiji sehingga penggal DUN berakhir pada 2025.

Kerajaan Sabah kini mendapat sokongan 59 ADUN yang terdiri daripada 29 daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (17 – lima daripada didakwa menyokong Hajiji), PH (tujuh), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) manakala Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas masing-masing satu kerusi.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN menyaksikan 73 wakil rakyat dipilih dan enam dilantik.

Seseorang bakal Ketua Menteri Sabah mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 40 daripada 79 Adun untuk majoriti mudah.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...