• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kita Berdepan Risiko Kerajaan Bertukar Lagi’ – Isham Jalil

oleh AK-47
05/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kita Berdepan Risiko Kerajaan Bertukar Lagi’ – Isham Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU) akan berlangsung minggu depan dan Ketua Penerangannya Isham Jalil memaklumkan pelbagai perkara berbangkit akan dibincang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini termasuk isu kekalahan pada PRU15, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan pemilihan parti.

“Kita akan bincang mengenai pemilihan Umno kerana dalam waktu kritikal ini, keadaan ekonomi tidak elok, kita berdepan risiko kerajaan bertukar lagi dan sekiranya Umno tak stabil, banyak perkara akan terjadi.

“Jika tumbang kerajaan, berlaku lagi ketidakstabilan politik maka pelabur tak akan masuk.

“Apa akan jadi pada negara kita, jadi sebab itu saya kata pemilihan Umno ini bukan hanya memberi kesan kepada Umno sahaja sebaliknya seluruh negara terkesan dan menentukan apa akan jadi pada negara ini,” katanya, lapor Bernama hari ini.

PAU 2022 sebelum ini dijadualkan dari 21 hingga 24 Dis 2022 namun ditangguhkan ke 11 hingga 14 Jan 2023.

Semalam, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata dia tidak menolak prospek Perikatan Nasional kembali berkuasa selepas menjalin pakatan baru.

Gabungan itu juga tidak menolak bekerjasama dengan BN, yang Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan bukannya PN selepas pilihan raya umum lalu mengakibatkan kebuntuan politik.

Ini susulan dakwaan terdapat rancangan baru yang digembar-gemburkan sebagai Langkah London untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Hisham juga berkata Umno perlu berusaha membetulkan stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sekiranya mahu bangkit semula selepas berdepan prestasi buruk pada PRU15.

“Orang kita tak kira dia ideologi apa dia tetap tidak suka rasuah, dia sukakan parti yang bersih.

“Jadi untuk bergerak ke hadapan, kita kena selesaikan dulu perkara ini kerana selagi tidak diselesaikan, stigma yang kata Umno ni parti rasuah tak boleh dibuang,” katanya seperti dipetik laporan Bernama.

Menurutnya lagi, dalam usaha membersihkan Malaysia daripada perbuatan rasuah, ‘orang baik’ perlu melibatkan diri dalam politik.

Kata Hisham, jika dunia politik terus dipenuhi ‘orang jahat,’ Malaysia bakal berdepan pelbagai masalah kerana dasar negara akan ditentukan sendiri oleh individu yang mengamalkan perbuatan terkutuk itu.

-Malaysia Kini

Tags: Isham JalilKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd