• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pusat Wajar Benarkan Pengeluaran KWSP Bersasar

oleh Mohd Arshad
17/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Pusat Wajar Benarkan Pengeluaran KWSP Bersasar
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpandangan Kerajaan Pusat wajar mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kebenaran pengeluaran KWSP itu perlu dibenarkan dengan penentuan sasaran dan kriteria pengeluarannya mesti dikaji dengan mendalam.

Ujar beliau, kaedah yang dipelopori sewaktu era Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri iaitu pengeluaran bersasar dan pengeluaran dalam jumlah berperingkat boleh menjadi landasan bagi Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, beliau bersetuju Kerajaan Pusat mesti mencari penyelesaian jangka panjang untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin meruncing.

Dalam masa sama, beliau juga memahami kebimbangan Anwar mengenai masa depan pencarum selain faham kesusahan pencarum yang bimbang mengenai kehidupan hari ini yang semakin meruncing.

“Namun, saya berharap Anwar faham bahawa tuntutan masa depan dan tuntutan semasa mestilah diseimbangkan.

“Jangan biarkan rakyat menderita dan sengsara hari ini, padahal mereka ada wang milik sendiri dalam akaun KWSP yang kerajaan halang mereka keluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas.

Anwar berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terkesan serta kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil dan jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi, ia akan memberikan kesan kepada masa depan pencarum itu sendiri.

Dalam pada itu, Wan Saiful menambah, beliau turut dikunjungi oleh beberapa pengadu di Pusat Khidmatnya di Tasek Gelugor di sini, selain menerima memorandum daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) yang mahu dibenarkan mengeluarkan dana KWSP yang sebenarnya adalah milik dan hak mereka.

“Saya sayu apabila ada yang menceritakan betapa mereka tidak mampu membeli makanan atau pakaian anak-anak sehingga ada yang menghadapi tekanan jiwa.

“Oleh kerana perkara ini ada disuarakan oleh warga Tasek Gelugor, insya-Allah saya akan cuba membawa isu ini ke sidang Parlimen nanti. Dan saya harap Kerajaan akan menyentuhnya dalam pembentangan Belanjawan 2023,” katanya.

-Utusan Online

Tags: kerajaan pusatKWSPPengeluaran KWSP Bersasar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd