Sample Page Title

Johor Bahru : Tiada unsur jenayah pemerdagangan manusia membabitkan penemuan kanak-kanak lelaki warga asing yang dalam kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Fahim itu ditemui dalam sebuah kontena yang dibawa kapal dari Bangladesh.

Katanya, laporan polis sudah dibuat dan siasatan juga sudah dijalankan.

“Bila kapal itu tiba di Pelabuhan Klang, kontena diturunkan dan dalam satu daripada kontena, kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Fahim ditemui.

“Hanya dia yang ditemui. Jadi laporan polis dibuat, disiasat dan dia dibawa untuk pemeriksaan kesihatan. Kebetulan kanak-kanak ini demam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankausa Penyelarasan menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.

“Kemudian, proses untuk menghantarnya pulang akan dibuat mengikut saluran undang-undang.

“Kita tidak buat kesimpulan kepada aspek pemerdagangan manusia lagi kerana siasatan awal mendapati dia masuk (kontena), kemudian tertidur dan sampai di sini. Jadi, pihak berkuasa sudah buat siasatan, pastikan dia sihat dan kemudian proses penghantaran pulang. Satu sahaja,” katanya lagi.


Malam tadi, seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang.

Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.

Video penemuan kanak-kanak ini tular di media sosial. Kanak-kank berkenaan terkunci dalam kontena berkenaan selama enam hari.

Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar daripada kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota polis bantuan pelabuhan berkenaan.

Berdasarkan maklumat daripada sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan daripada dalam kontena itu.

Siasatan awal juga mendapati, kanak-kanak itu tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal sebelum berlepas dari pelabuhan.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...