• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Import Telur Dari India Hanya Langkah Sementara – Mat Sabu

oleh AK-47
16/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Import Telur Dari India Hanya Langkah Sementara – Mat Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mengimport telur dari India hanyalah langkah sementara untuk menampung permintaan iaitu sehingga bekalan di pasaran tempatan kembali stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, langkah itu diambil kerana pengeluar tempatan tidak mampu menampung permintaan yang menyaksikan kekurangan bekalan ketara di pasaran.

“Sekarang masalahnya pengeluar tempatan tidak cukup mengeluarkan telur. Kalau pengeluar tempatan boleh mengeluarkan cukup (telur) tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di sini pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong agar MAFS mengutamakan penternak tempatan dan bukannya mengimport telur dari India bagi menangani masalah bekalan.

Bagi meningkatkan bekalan telur di pasaran, Mohamad berkata, MAFS sedang berbincang dengan pihak berkaitan termasuk penternak ayam telur bagi menyusun semula hal subsidi.

“Ada pandangan mengatakan supaya harga telur diapungkan dan kemudian subsidi diberikan kepada B40. Hal itu sedang kami kaji, adakah ia lebih baik kepada B40 atau kurang baik,” katanya.

Mohamad berkata, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan dalam sesi permukiman Jemaah Menteri semalam bahawa pandangan orang awam terhadap MAFS adalah ‘markah tercorot’ ekoran masalah kekurangan bekalan ayam dan telur.

Beliau berkata, pandangan awam itu seiring dengan masalah global berikutan krisis bekalan makanan ekoran peperangan, perubahan iklim serta pemanasan global.

Katanya, pihaknya sedang berusaha mengatasi isu yang timbul, malah bekalan ayam kini dilihat kembali stabil, manakala bekalan telur dijangka bertambah baik.

-Sinar Harian

Tags: IndiaLangkah SementaraMat SabuTelur Import
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah: Bicara Ahmad Zahid Dijadual Semula April Ini

Next Post

Tanah Runtuh: RM21.1 Juta Tambahan Selenggara Cerun

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post
Tanah Runtuh: RM21.1 Juta Tambahan Selenggara Cerun

Tanah Runtuh: RM21.1 Juta Tambahan Selenggara Cerun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd