• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Makanan Dunia Cecah Rekod Tertinggi Pada 2022

oleh Mohd Arshad
06/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Harga Makanan Dunia Cecah Rekod Tertinggi Pada 2022
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS: Harga makanan dunia jatuh untuk bulan kesembilan berturut-turut pada bulan Disember walaupun ia mencapai paras tertinggi dalam rekod bagi tahun penuh pada 2022, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Harga makanan melonjak ke paras tertinggi bulanan pada Mac selepas Russia menyerang kuasa besar pertanian Ukraine, pembekal utama gandum dan minyak masak kepada dunia.

Sekatan tentera laut Russia yang menghalang eksport bijirin Ukraine ditarik balik berikutan perjanjian pada bulan Julai yang diuruskan oleh Turki dan PBB.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian berkata, indeks harganya yang menjejaki perubahan bulanan dalam harga antarabangsa sekumpulan komoditi makanan jatuh kepada 132.4 mata pada Disember, susut 1.9 peratus daripada November.

Ia juga satu peratus lebih rendah daripada Disember 2021.

“Harga komoditi makanan yang lebih tenang dialu-alukan selepas dua tahun yang sangat tidak menentu,” kata ketua ekonomi FAO Maximo Torero dalam satu kenyataan.

“Adalah penting untuk terus berwaspada dan mengekalkan tumpuan yang kukuh bagi mengurangkan ketidakamanan makanan global memandangkan harga makanan dunia kekal pada paras tinggi,” katanya.

Torero berkata, banyak makanan ruji hampir mencapai rekod tertinggi dengan harga beras meningkat dan ‘masih banyak risiko yang berkaitan dengan bekalan masa depan’.

BHonline-

Tags: harga makanan duniaPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd