• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FOMCA Salah Faham, Buat Dakwaan Tidak Tepat – MyCC

oleh Mohd Arshad
28/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
FOMCA Salah Faham, Buat Dakwaan Tidak Tepat – MyCC
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dakwaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) gagal menghentikan tingkah laku monopoli Touch ‘n Go (TnG) adalah tidak tepat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, dalam satu kenyataan hari ini berkata, wujud salah faham oleh FOMCA berkenaan isu monopoli oleh TnG yang dibangkitkan itu.

“Akta Persaingan 2010 (Akta 712) jelas menggariskan bahawa perusahaan yang monopoli atau dominan dalam sesebuah pasaran tidak membawa kepada pelanggaran.

“Namun, perusahaan yang bersifat monopoli atau dominan disifatkan melanggar Akta 712 jika ia menyalahgunakan kedudukannya di pasaran.

“Dalam hal ini, MyCC sudah mengenal pasti bahawa status monopoli TnG hanya membabitkan sistem pembayaran tol,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, TnG menjadi monopoli secara semula jadi berikutan keputusan kerajaan menghapuskan pembayaran tol secara tunai melalui pewartaan di semua tol lebuh raya di seluruh negara, yang bertujuan mengurangkan kesesakan untuk keselesaan pengguna.

Beliau menegaskan, MyCC tidak mempunyai sebarang bidang kuasa dalam isu kepenggunaan antara TnG dan penggunanya.

“TnG sebagai penyedia perkhidmatan wang elektronik adalah di bawah seliaan Bank Negara (BNM) melalui undang-undang dan garis panduan yang berkaitan.

“Bagi hubungan antara TnG dan syarikat konsensi tol berkenaan pembayaran tol, hal ini di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya.

Tambah Mohd Hishamudin, MyCC tetap dengan pendiriannya bahawa isu berkaitan TnG yang dilaporkan ke MyCC hanyalah membabitkan isu kepenggunaan.

“Berdasarkan penilaian menyeluruh yang dilaksanakan MyCC, jelas menunjukkan bahawa meskipun TnG adalah monopoli bagi sistem pembayaran tol, kelakuan mereka tidak dikira sebagai pelanggaran Akta 712,” katanya.

Semalam, media melaporkan FOMCA dalam kenyataan, menggesa MyCC dirombak kerana dikatakan gagal menghentikan tingkah laku TnG yang disifatkannya memonopoli.

Setiausaha Agung FOMCA, Paul Selva Raj, dipetik berkata, FOMCA ada memfailkan aduan mengenai ‘penganiayaan’ TnG terhadap pengguna kepada MyCC pada 2018.

“Dua tahun kemudian, pada 28 Ogos 2020, MyCC memberi maklum balas bahawa sudah menjalankan siasatan dan mendapati isu dibangkitkan itu tidak menimbulkan sebarang kebimbangan berhubung persaingan,” katanya.

Beliau mendakwa, MyCC terus berdiam diri walaupun pengguna membuat aduan terhadap TnG.

Mengulas lanjut, Mohd Hishamudin berkata, antara isu terawal berkenaan TnG yang kerap timbul dan pernah dibangkitkan FOMCA adalah isu surcaj parkir sebanyak 10 peratus dan kesukaran untuk menambah nilai berikutan saluran tambah nilai yang terhad.

Selain itu, caj tambah nilai sebanyak 50 sen di sesetengah tempat, kelewatan pembayaran balik bagi kad TnG yang tidak aktif atau hilang dan perkara membabitkan khidmat pelanggan yang lain.

“MyCC sudah menjelaskan kepada FOMCA bahawa isu berkenaan bukan isu persaingan. Malangnya, FOMCA masih tidak menerima kesimpulan yang sah oleh pengawal selia.

“Mereka tetap berkeras meminta MyCC menangani isu kepenggunaan sedangkan undang-undang Suruhanjaya dengan jelas hanya memfokuskan kepada perkara berkaitan persaingan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, campur tangan terhad daripada MyCC terhadap semua isu terbabit membawa kepada pelaksanaan perubahan oleh TnG.

BHonline-

Tags: FOMCAMyCCTnG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lembaga Disiplin UMNO Tak Pernah Nasihat Pecat, Gantung Pemimpin – Ismail Sabri

Next Post

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Related Posts

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

10/03/2025
0

Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti kewangan RM92.8 juta atas dakwaan terbabit dalam...

Next Post
Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd