Sample Page Title

TEHRAN: Perbadanan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) supaya tidak membuat ‘kesilapan’ dengan menyenaraikannya sebagai kumpulan pengganas, selepas Parlimen blok itu menggesa ia dilakukan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rabu lalu, Ahli Parlimen Eropah mengundi untuk memasukkan IRGC dalam senarai pengganas blok 27 negara itu berdasarkan kegiatan pengganas, penindasan penunjuk perasaan dan pembekalan dron ke Russia.

Undian itu tidak mengikat tetapi Menteri Luar EU sudah pun membincangkan usul memperketatkan sekatan ke atas republik Islam itu minggu depan.

Ketua IRGC, Mejar Jeneral Hossein Salami, berkata jika orang Eropah membuat kesilapan, mereka mesti menerima akibatnya.

“EU fikir bahawa dengan kenyataan sedemikian ia boleh menggoncang tentera yang besar ini.

“Kami tidak pernah bimbang mengenai ancaman sebegitu atau bertindak ke atasnya, kerana sebanyak mana musuh kami, ia memberi kami peluang untuk bertindak lebih kuat,” katanya dalam ucapan pertamanya mengenai langkah EU.


Komen Salami dibuat ketika beliau menerima kunjungan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, bekas komander tentera udara IRGC.

“Kami di Parlimen bersedia untuk menangani dengan tegas sebarang tindakan yang cuba memudaratkan IRGC dan memutarbelitkan kebenaran,” Ghalibaf dipetik sebagai berkata oleh Sepah News.

IRGC mengawasi pasukan sukarelawan separa tentera, Basij, yang dikerahkan menentang protes sejak pertengahan September yang tercetus akibat kematian Mahsa Amini, 22, selepas penahanannya kerana didakwa melanggar kod pakaian Iran untuk wanita.

Pihak berkuasa di Iran berkata, ratusan orang termasuk anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beribu-ribu ditangkap dalam pergolakan itu.

Amerika Syarikat (AS) juga meletakkan kedua-dua IRGC dan Pasukan Quds, dalam senarai ‘pertubuhan pengganas asing’.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...