• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bentang RUU Anti Lompat Parti Sebelum PRN Sabah-PH

oleh Mohd Arshad
15/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bentang RUU Anti Lompat Parti Sebelum PRN Sabah-PH
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah mencadangkan kerajaan negeri membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, RUU itu perlu dibentangkan dengan segera bagi menstabilkan politik Sabah.

“Saya mencadangkan ia dibentang pada sidang DUN seterusnya yang akan bersidang pada Mac ini.

“Ia perlu dibentang seberapa segera yang boleh di Dewan seterusnya dan juga mesti dibentang sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun yang akan datang,” katanya selepas Program Malam Perpaduan UPKO di Kampung Mansiang, Penampang semalam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor agar pimpinan kerajaan Sabah yang ada sekarang dapat membentangkan Akta Anti Lompat Parti itu di peringkat DUN demi kestabilan.

Jika ia tidak dilaksana maka, gesaan tukar Ketua Menteri melalui akuan bersumpah (SD) akan sentiasa ditimbulkan sehingga mewujudkan ketidakstabilan di negeri ini.

Menurut Ahli Parlimen Penampang itu, akta berkenaan telah dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat untuk memastikan pentadbiran kerajaan di Malaysia stabil sepanjang tempoh lima tahun ini.

Politik Sabah bergolak sejak minggu lalu susulan tindakan sebahagian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan daripada Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu menarik sokongan daripada Hajiji dan mendakwa kerajaan negeri sudah terbubar dan Hajiji telah hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri selepas keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

-Utusan Online

Tags: PHPRN SabahRUU Anti Lompat PartiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd