• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

oleh AK-47
28/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya : Orang ramai gempar apabila menemukan bagasi yang disangka mengandungi bom di kawasan stesen transit aliran ringan (LRT) SS17, di sini, sebelum menghubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi membuat pemeriksaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagasi berkenaan ditemukan orang awam kira-kira 4 petang sebelum dilaporkan kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, bagaimanapun permintaan bantuan daripada UPB dibatalkan selepas seorang lelaki dipercayai gelandangan menuntut bagasi berkenaan.

“Selepas dimaklumkan penemuan itu, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya meminta bantuan UPB untuk memeriksa beg yang berantai dan berkunci berkenaan.

“Kira-kira 30 minit kemudian, bantuan dari pihak UPB terpaksa dibatalkan kerana seorang lelaki tempatan berusia lebih kurang 50 tahun datang menuntut dan menyatakan beg berkenaan miliknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit adalah gelandangan yang sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain.

“Pemeriksaan ke atas bagasi berkenaan juga mendapati hanya terdapat pelbagai pakaian milik lelaki gelandangan berkenaan.

“Polis menasihati orang ramai jika menemukan beg atau bungkusan yang mencurigai supaya terus menghubungi polis bagi tujuan keselamatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bomgelandangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd