• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

oleh Mohd Arshad
02/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Jan (Ahad) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee, berkata jarak kayuhan basikal untuk program itu adalah sejauh 66 kilometer dan jalan-jalan yang terlibat akan ditutup bermula 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.

“Acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride anjuran kerajaan negeri bersama Kelab Berbasikal G Club dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melibatkan tempat pelepasan serta tempat penamatan di Persiaran Bayan Indah 2 (berhadapan Queens Waterfront),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lip Chee berkata memandangkan acara kayuhan berbasikal akan melibatkan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, laluan sehala akan ditutup dengan sepenuhnya pada masa yang tertentu sahaja untuk memberi laluan kepada peserta kayuhan.

“Bagi Jambatan Pulau Pinang iaitu dari arah bahagian Pulau ke Seberang Perai sahaja waktu penutupan adalah dari 6.30 pagi hingga 9 pagi manakala bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sahaja waktu penutupan adalah dari 9 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata Penang Fellowship Ride telah menarik 2,500 penyertaan termasuk peserta dari Singapura, Australia dan Jepun serta Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak juga akan mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal itu.

“Para peserta diingatkan untuk memakai jersi rasmi yang dibekalkan oleh pihak penganjur kerana hanya peserta yang memakai jersi rasmi sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal ini dan merentasi Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,” katanya.

-Berita Harian

Tags: jalan tutupJambatan Pulau PinangPenang Fellowship Ride
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Thailand Sasar Tarik 25 Juta Pelancong China

Next Post

Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung

Related Posts

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

06/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di...

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Kes Pasangan Jatuh Jambatan Pulau Pinang Disiasat Sebagai Cubaan Bunuh

16/01/2024
0

Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam sebagai cubaan bunuh. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post
Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung

Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd