• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Sasar Tarik 25 Juta Pelancong China

oleh Mohd Arshad
01/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Thailand Sasar Tarik 25 Juta Pelancong China
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Ketika pancaran bunga api menerangi langit di atas Wat Arun atau Temple of Dawn di Bangkok sebagai menandakan tahun baharu, Thailand mendambakan harapan supaya sektor pelancongan pulih pada tahun 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Thailand dijangka menarik lebih 25 juta pelancong termasuk lima juta pelawat dari China tahun ini.

Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn, berkata Thailand mengunjurkan ketibaan sekurang-kurangnya 20 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak 2.38 trilion baht (RM284 bilion) daripada sektor itu tahun ini, tidak termasuk pelancong dari China.

“Susulan China melonggarkan sekatan ketat COVID-19 mulai 8 Januari, kami menyemak semula sasaran (ketibaan pelancong). Kami mengunjurkan lima juta lagi pelancong China akan melawat Thailand tahun ini.

“Namun kami tidak menjangkakan ketibaan pelancong China di Thailand akan kembali ke tahap sebelum COVID-19 atau hampir sejuta sebulan pada 2019… Kami menjangkakan 50,000 hingga 100,000 pelancong sebulan pada suku pertama 2023.

“Jumlah itu akan meningkat secara beransur-ansur kepada dua kali ganda dan tiga kali ganda pada akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Thailand antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, dikunjungi hampir 40 juta pelawat pada 2019.

Namun, industri pelancongan negara itu hampir merudum akibat pandemik COVID-19 yang memaksa kerajaan itu memperkenal syarat kemasukan yang ketat lagi mahal, menyebabkan Thailand hanya menerima lebih 11.5 juta pelancong sepanjang 2022.

Negara lain termasuk Thailand kini bersiap sedia untuk menerima kemasukan pelancong China yang menjadi pasaran pelancong terbesar di dunia pada 2019.

Pelonggaran itu memberi harapan untuk pemulihan sektor pelancongannya namun situasi ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan terhadap ancaman kesihatan awam.

Yuthasak berkata Kementerian Sukan dan Pelancongan Thailand serta Kementerian Kesihatan Awam akan mengambil langkah perlu untuk memastikan kemasukan pelancong China tidak menimbulkan ancaman kesihatan.

“Pemain industri pelancongan perlu membuat persiapan sewajarnya termasuk memastikan pekerja mereka mendapat suntikan vaksin penggalak susulan kepulangan pelancong China.

“Kami mungkin mengaktifkan semula protokol dan mekanisme tertentu untuk memastikan keselamatan awam,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa semua pelancong yang memasuki negara itu akan dilayan sama rata.

Kementerian Sukan dan Pelancongan, Kementerian Kesihatan Awam dan Kementerian Pengangkutan akan mengadakan mesyuarat pada 5 Januari untuk membincangkan persiapan kemasukan pelancong China.

Bernama-

Tags: pelancong chinaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand, Kemboja Tegas Semula Komitmen Patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – PM

Thailand, Kemboja Tegas Semula Komitmen Patuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur – PM

16/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Thailand dan Kemboja menegaskan semula komitmen kedua-dua negara terhadap Perjanjian Damai Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim....

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

Thailand Gantung Perjanjian Dengan Kemboja Susulan Insiden Letupan Periuk Api Terbaharu

10/11/2025
0

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan negara jiran, Kemboja, susulan insiden letupan periuk api yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd