• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

oleh AK-47
06/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Pulau Pinang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kedua-dua suspek yang berusia 30-an dan 50-an itu ditahan pada Selasa di George Town.

Menurutnya, mereka ditahan selepas polis mengesan satu klip video tular di laman sosial Facebook yang dimuat naik di akaun @faizul jojoe pada jam 12.30 Selasa.

“Di dalam video itu, ia memaparkan dua individu iaitu lelaki dan wanita sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan berbahaya apabila pembonceng motosikal (wanita) bertindak membaling satu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal dinaiki mereka.

“Kejadian disyaki berlaku di Jambatan Pulau Pinang dari arah George Town ke Perai dalam daerah SPT,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Helmi berkata, semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga kes berkaitan jenayah pada tahun 2021 dan 2023 namun tidak dikehendaki.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita masih menyiasat hubungan kedua-dua suspek selain menyiasat sama ada mereka mempunyai masalah mental. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok untuk permohonan reman,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian ini diminta supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Jika ada, maklumat boleh disalurkan di Ibupejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Sebelum ini, tular satu klip video memaparkan dua individu dipercayai suspek sama menghayun pisau kepada penunggang motosikal yang memotong mereka di Jambatan Pulau Pinang.

-Sinar Harian

Tags: Jambatan Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pati Lolos Tahanan Di Bidor: 38 Masih Diburu

Next Post

Perkukuh Sektor Logistik Dan Rantaian Bekalan

Related Posts

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Kes Pasangan Jatuh Jambatan Pulau Pinang Disiasat Sebagai Cubaan Bunuh

16/01/2024
0

Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam sebagai cubaan bunuh. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

02/01/2023
2

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat...

Next Post
Perkukuh Sektor Logistik Dan Rantaian Bekalan

Perkukuh Sektor Logistik Dan Rantaian Bekalan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd