Sample Page Title

MELAKA : Tiga sekeluarga nyaris maut selepas dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, si bapa berusia 43 tahun mengalami patah kaki kanan manakala isteri dan anak lelakinya berumur enam tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu berada di kawasan pameran harimau.

Ujarnya, kesemua mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.

“Kawasan tersebut telah dibersihkan dan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat oleh pihak Zoo Melaka serta agensi berkaitan. Sebelum itu mereka sekeluarga menaiki kenderaan disediakan pihak zoo untuk bersiar-siar melihat pameran haiwan pada pukul 2.05 petang.

“Sebaik tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mereka menyebabkan mangsa lelaki patah kaki kanan manakala isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman memaklumkan, segala keperluan ketiga-tiga mangsa yang terlibat telah diuruskan sewajarnya termasuk hal berkaitan perubatan dan penghantaran pulang ke rumah.

Beliau berkata, tragedi itu dipercayai berpunca daripada cuaca buruk yang mana hujan lebat berterusan melanda seluruh negeri ini semalam.

“Kita percaya kejadian ini berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 2 pagi semalam yang menyebabkan pokok menjadi berat.

“Jadi bila adanya angin yang meniup, pokok itu tumbang, dia bukannya patah tengah tetapi tumbang dari bawah. Kerja-kerja pemantauan sentiasa dijalankan termasuk cantasan pokok-pokok yang berada dalam kawasan zoo,” jelasnya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...