Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bapa, Teman Wanita Dihukum...

JOHOR BAHRU - Seorang bapa dan teman wanitanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati...

Polis Kesan, Pantau Pergerakan...

IPOH - Polis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri...

Chong Wei Raih Slot...

COPENHAGEN - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara...

Teliti Harumanis Elak Menjadi...

KUALA PERLIS - Jabatan Pertanian Perlis menasihatkan orang ramai supaya lebih teliti ketika...

3 Beranak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

BATU PAHAT – Seorang ibu dan dua anaknya maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka dihempap pokok kelapa sawit di Lorong Haji Ayub, Jalan Batu Puteh, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, ketiga-tiga beranak berkenaan yang berusia 48 tahun, 17 dan 12 tahun, disahkan maut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor, berkata dua jentera dengan 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Tiga mangsa berkenaan dipercayai dari kawasan Parit Siba melalui kawasan itu sebelum dihempap pokok kelapa sawit sepanjang 2.5 meter.

“Bomba mengambil mangsa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa dan membersihkan sisa pokok.

“Ketiga tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, di sini. – BH Online

Kategori