• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantahan Awal Najib Ditolak, Hakim Abu Bakar Dinamakan Secara Sah – Mahkamah

oleh Mohd Arshad
19/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bantahan Awal Najib Ditolak, Hakim Abu Bakar Dinamakan Secara Sah – Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, dinamakan secara sah oleh Ketua Hakim Negara dalam komposisi panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan oleh Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, menolak bantahan awal Najib yang diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya Abu Bakar menarik diri daripada mendengar permohonan semakan itu.

Abdul Rahman dalam keputusan terbabit berkata, mahkamah tidak diyakinkan dengan hujahan Muhammad Shafee bahawa Abu Bakar harus menarik diri daripada mendengar permohonan semakan itu.

“Pada pandangan kami, undang-undang adalah jelas bahawa Ketua Hakim Negara diberi kuasa budi bicara menamakan Hakim Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan bagi kepentingan keadilan mengikut Peruntukan 122 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Atas alasan sama, kami menolak hujahan bahawa Abu Bakar tidak sepatutnya terbabit dalam pendengaran permohonan ini. Sehubungan itu, kami menolak bantahan awal pemohon,” katanya.

Beliau kemudian memerintahkan Muhammad Shafee untuk memulakan hujahan permohonan semakan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, berhujah bahawa peruntukan Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan digunakan dengan betul dalam menamakan Abu Bakar dalam komposisi panel berkenaan.

Sithambaram berkata, tiada sebarang unsur niat jahat dalam penyenaraian hakim itu untuk mendengar kes berkenaan, justeru beliau memohon mahkamah untuk menolak bantahan awal terbabit dan meneruskan dengan mendengar permohonan semakan pemohon.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata, terdapat tujuh lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang berkelayakan untuk mendengar permohonan semakan itu.

“Mengapa Ketua Hakim Negara tidak menamakan tujuh hakim ini. Ia adalah persoalan yang sangat serius,” katanya.

Pada awal prosiding, pagi tadi, Najib membantah komposisi panel itu dengan alasan mengikut Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964, komposisi Hakim Mahkamah Persekutuan mesti terdiri daripada semua Hakim Mahkamah Persekutuan.

-Berita Harian

Tags: Bantahan AwalDatuk Seri Najib Tun RazakKes SRCmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd