• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2023 Tumpu Isu Import, Sekuriti Makanan – PM

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bajet 2023 Tumpu Isu Import, Sekuriti Makanan – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu soal sekuriti makanan termasuk import makanan terlalu tinggi oleh negara antara yang diberi tumpuan dalam Bajet 2023 pada 24 Februari depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut beliau, isu alam sekitar juga akan diambil kira oleh pasukan yang diterajuinya di Kementerian Kewangan.

“Tentunya isu berkaitan pemusatan isu alam sekitar, soal sekuriti makanan (termasuk) import makanan terlalu tinggi.

“Hal-hal ini kita akan beri tumpuan dalam bajet,” katanya semasa berucap ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini pada Sabtu.

Tambah Anwar, negara ini juga perlu lebih berani memperkenalkan dasar-dasar yang boleh memberi manfaat kepada semua.

“Dasar-dasar ekonomi yang boleh memacu pertumbuhan dan menyegarkan negara melihat kepada kedudukan semasa pasca Covid-19, kemelesetan ekonomi di Eropah serta kesan perang Ukraine-Rusia,” katanya.

Disebabkan itu, Anwar menyatakan bahawa pihaknya menekankan peranan itu bukan sahaja kepada syarikat-syarikat besar tetapi juga kepada industri kecil dan sederhana (IKS).

“Kita harus tumpu perhatian, beri ruang supaya mereka dapat meningkatkan teknologi dan digitalisasi supaya dapat bersaing serta memberikan pekerjaan lebih banyak,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Bajet 2023Isu Import MakananIsu Sekuriti Makananpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd