• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO, Pegawai China Bincang Peningkatan Covid-19

oleh AK-47
31/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
WHO, Pegawai China Bincang Peningkatan Covid-19
Share on FacebookShare on Twitter

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China mengadakan mesyuarat peringkat tinggi pada Jumaat untuk membincangkan peningkatan kes Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pertemuan itu diadakan “untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi terkini, dan untuk menawarkan kepakaran WHO serta sokongan lanjut,” Agensi Anadolu memetik agensi PBB dalam satu kenyataan.

Pegawai dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dan Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan memaklumkan WHO tentang “strategi dan tindakan China yang dalam bidang epidemiologi, pemantauan varian, vaksinasi, penjagaan klinikal, komunikasi dan R&D”.

WHO sekali lagi meminta China untuk berkongsi data khusus mengenai situasi epidemiologi — termasuk lebih banyak data penjujukan genetik, data mengenai kesan penyakit, termasuk kemasukan ke hospital, kemasukan unit rawatan rapi (ICU) — dan data mengenai vaksinasi terutamanya membabitkan golongan rentan dan mereka yang berumur lebih dari 60 tahun.

WHO mengulangi kepentingan vaksinasi dan suntikan penggalak untuk melindungi diri daripada Covid-19 dan kematian bagi mereka yang berisiko tinggi.

China baru-baru ini mengumumkan akan mula melonggarkan langkah-langkah pandemik, dan memilih “hidup bersama Covid” selepas tiga tahun sekatan, penutupan sempadan dan kuarantin wajib.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah pengumuman baru oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Itali dan Sepanyol yang akan menguatkuasakan peraturan perjalanan baharu untuk rakyat China, termasuk keputusan ujian negatif Covid-19.

-Malaysia Kini

Tags: Covid-19Pegawai Chinawho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd