Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Usul Rujuk Najib Ke...

KUALA LUMPUR : Pembangkang mengemuka usul meminta supaya Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri...

Siti Nurhaliza Paling Banyak...

PETALING JAYA - Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, mendominasi senarai...

Allahu Akbar! TV AlHijrah...

TV AlHijrah melakar sejarah tersendiri apabila menerima 128 kali ganda permohonan bagi mengisi...

Restoran Ubah Penampilan, Pelayan...

Seorang pemilik restoran yang bosan dengan penampilan pekerjanya, mempunyai kaedah untuk menceriakan restoran...

TUDM Bersedia Bantu Operasi SAR Di Batang Kali

ALOR SETAR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia untuk menghantar bantuan ketenteraan sekiranya diperlukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, anggota dan aset TUDM bersiap sedia dikerah untuk menyertai operasi SAR itu bersama agensi terlibat di lokasi tanah runtuh terbabit.

Beliau menjelaskan, operasi SAR di Batang Kali, Selangor terbabit diambil alih Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi-agensi lain.

“Jadi untuk pihak TUDM, kita sentiasa bersedia sekiranya diperlukan. Untuk TUDM, misalnya bantuan dari segi aset sekiranya ada keperluan untuk mengeluarkan (mangsa) dalam keadaan susah kita sudah bersedia.

“Kita mempunyai aset atau peralatan yang boleh digunakan untuk membantu. Begitu juga dari segi anggota,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media selepas Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 83/21 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 63/21 di Kolej Tentera Udara, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas tentang tragedi tanah runtuh di lokasi perkhemahan di Batang Kali yang telah meragut 21 nyawa, manakala 12 lagi dikhuatiri tertimbus di kawasan itu.


Dalam perkembangan lain, Mohd Asghar Khan menyatakan, ketika ini anggota TUDM dan aset pasukan terbabit juga bersiap siaga dengan berada lokasi tertentu dan bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan untuk operasi banjir di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh.

“Secara keseluruhannya untuk operasi banjir ini kita namakan Op Murni (Operasi Murni) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak TUDM akan memberi bantuan atau sokongan kepada keperluan jadi di tiap-tiap kawasan di bawah Briged Tentera Darat, malah ada komander yang sudah ditugaskan bersama agensi bencana negeri.

“Jadi, sekiranya berlaku apa-apa malapetaka, kita boleh bertindak segera,” katanya.

Sebelum itu, seramai 30 pelatih terdiri menerima sayap penerbangan masing-masing iaitu 23 pelatih juruterbang pesawat sayap kaku dan tujuh lagi pelatih juruterbang helikopter.

Lima pelatih turut dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik bagi Piala Panglima Tentera Udara iaitu mengikut kategori pelatih terbaik keseluruhan sayap kaku, pelatih terbaik keseluruhan sayap putar, pelatih terbaik akademik, pelatih terbaik penerbangan sayap kaku dan pelatih terbaik penerbangan sayap putar.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori