Sample Page Title

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia yang juga ketua penerangan Umno berkata, hanya melalui RCI sahaja dapat membuktikan ke mana wang itu digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat sepanjang Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Kelmarin ada laporan polis telah dibuat mengenai RM600 bilion tu dan saya rasa perkara ini perlu diteruskanlah, sebab RM600 bilion ni satu jumlah yang besar.

“Bajet Persekutuan pun RM300 bilion (setahun) jadi bersamaan dua tahun bajet Persekutuan ‘so’ lepas itu bila kita nak tanya pasal benda ini, semasa PKP itu tak boleh (sebab) parlimen ditutup dan dia buat darurat, Muhyiddin, dia buat darurat.

“Jadi, kali ni kita nak tanyalah mana dana ini pergi terutama bila kita nampak ‘time’ PRU15 itu hari, perbelanjaan Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya mewah betul, jadi kita nak tahu juga mana dia dapat duit,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri ceramah dan penjelasan kerajaan perpaduan di Kampung Pianggu, dekat Rompin, Pahang malam tadi.

Sebelum ini, Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Sany Hamzan, turut mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat tujuan perbelanjaan digunakan daripada dana kecemasan RM600 bilion ketika tempoh darurat.

Sany yang juga ahli Parlimen Hulu Langat turut membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM500 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Adly dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) akan menyiasat Muhyiddin jika gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.


Muhyiddin bagaimanapun menegaskan semua wang itu dibelanjakan untuk membantu rakyat dan dia juga tidak bimbang atau takut jika ada pihak mahu menyiasatnya kerana menurutnya semua perbelanjaan dibuat mengikut dasar perolehan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan ketika ditemui selepas program sama malam tadi mengakui barisan kabinet diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Jumaat lalu tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Dia bagaimanapun menganggap kritikan terhadap kabinet itu adalah perkara biasa dan masih ada ruang untuk ditambah baik.

“Tidak pernah satu kabinet pun yang tak menerima kritikan, dah berapa banyak kali kita melihat mana ada satu perkara yang 100 peratus sempurna, mesti ada pihak tak bersetuju di sana sini.

“Walau bagaimanapun secara keseluruhan pada pandangan saya kabinet itu boleh berfungsi dengan baik kerana dia mengambil komposisi -komposisi yang sesuai wakil daripada BN, PH, GPS (Gabungan Parti Sarawak), GRS (Gabungan Rakyat Sabah) (dan) wakil parti kecil,” katanya.

Ditanya mengenai pelantikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri pula, Ahmad berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hirarki parti dan perlu dihormati semua pihak.

“Kita mengikut hirarki parti, hirarki jawatan dalam parti itu memberikan kestabilan kepada parti Umno dan memberikan kestabilan kepada kerajaan yang ada.

“Jika kita memberikan (jawatan itu) kepada orang lain selain daripada Presiden Umno, kestabilan itu agak tercabar,” katanya.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...