• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Maka Beransur-Ansurlah UEC Akan Diserap Dan Diterima’ – Isham Jalil

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Maka Beransur-Ansurlah UEC Akan Diserap Dan Diterima’ – Isham Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak patut mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk pertimbangan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) walaupun untuk kursus, universiti atau dengan syarat tertentu.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan lebih menyukarkan perpaduan kaum di negara ini.

“Untuk menyatupadukan rakyat dalam negara yang berbilang bangsa, kita perlu utamakan bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan kebangsaan.

“Jika bahasa dan sistem pendidikan semakin berpecah, penyatuan nasional tidak akan tercapai,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Isham seterusnya berkata, keputusan kerajaan itu membuka kepada gelinciran perpecahan ke lurah yang licin atau ‘slippery slope of disunity’

Kata beliau, apabila kerajaan sedikit demi sedikit bertolak ansur kepada pendesak UEC, maka beransur-ansurlah UEC akan diserap dan diterima

“Dan beransur-ansur dan sedikit demi sedikit sistem pendidikan kita akan lebih terbelah. Kita tidak perlu terima UEC.

“Hormati dan junjunglah sistem pendidikan kebangsaan ke arah perpaduan rakyat dan penyatuan nasional,” katanya.- MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Isham Jalil

 

Tags: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNODIserapDiterimaIPTAIsham JalilpengiktirafanUEC
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Nada Puad Berubah, Ucap Tahniah Kepada BN,  ‘Business As Usual’

Nada Puad Berubah, Ucap Tahniah Kepada BN, ‘Business As Usual’

11/07/2026
0

RENGIT – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan...

Isham Jalil Cabar Pemimpin PH Berdebat

Isham Jalil Cabar Pemimpin PH Berdebat

07/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil sekali lagi mencetuskan perhatian apabila mencabar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd