• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Bersasar RON95: KPDN Guna Pangkalan Data JPJ

oleh AK-47
24/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Subsidi Bersasar RON95: KPDN Guna Pangkalan Data JPJ
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan sebagai satu daripada elemen dalam pemberian subsidi bersasar membabitkan petrol RON95.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perincian berkenaan adalah hasil mesyuarat kementeriannya dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi, semalam.

“Hasil perbincangan dan sesi libat urus dengan MOF serta Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, kita sudah lihat data daripada JPJ untuk pemberian subsidi bersasar petrol RON95.

“Pangkalan data JPJ digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh kenal pasti kuasa kuda (cc) kenderaan golongan sasaran untuk subsidi petrol berkenaan.

“Dari segi data (mekanisme subsidi bersasar) sudah hampir lengkap untuk kita kemukakan semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebenarnya kertas kerja mengenai mekanisme subsidi bersasar sudah dibentang ketika Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup(NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, 13 Disember lalu, namun beberapa perincian masih diteliti malah KPDN juga perlukan masa untuk laksanakannya.

“Perdana Menteri juga sudah beri arahan supaya perincian mekanisme subsidi bersasar diteliti semula. Buat masa ini, kerajaan masih meneruskan polisi sedia ada termasuk tidak menarik balik subsidi atau naikkan sebarang tarif yang boleh bebankan rakyat. Polisi subsidi sedia ada masih diteruskan sehingga NACCOL buat keputusan baharu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau aduan lif rosak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, Blok Kenyalang, di sini, hari ini.

Semalam, Rafizi dilaporkan berkata, satu mekanisme perlu segera dibangunkan untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Rafizi dilaporkan berkata, ia supaya cadangan itu dapat dilaksanakan segera kerana negara tiada ruang fiskal atau keupayaan kewangan kecuali beralih kepada pelaksanaan subsidi bersasar.

Katanya, penentuan mekanisme itu adalah cabaran yang perlu dihadapi kerajaan bagi memastikan pemberian subsidi itu berlaku secara adil, tiada keciciran serta dilaksanakan dengan segera.

Ditanya sama ada penggunaan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan akan dijadikan elemen teras dalam mekanisme pemberian subsidi bersasar, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, mekanisme atau kaedah khas pemberian subsisi itu akan diteliti dahulu.

“Mekanisme itu kita akan bincang kemudian. Zaman digital hari ini kita boleh guna macam-macam kaedah moden tetapi ia perlulah berkesan.

“Jika ditanya pada KPDN bila pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar ini dapat dilaksanakan, ia sebenarnya terpulang kepada Kabinet bagi membuat keputusan tarikh sebenar pelaksanaannya.

“KPDN sebagai sekretariat NACCOL yang turut dianggotai 11 kementerian sudah bersiap sedia dengan kertas cadangan yang ada untuk dinilai semula Kabinet.

“Kertas cadangan pelaksanaan subsidi bersasar sudah hampir siap sepenuhnya malah sebelum ini sudah dibentang. Kita hanya tunggu keputusan Kabinet,” katanya.

-Harian Metro

Tags: JPJKPDNpangkalan dataRON95Subsidi BersasarSubsidi Bersasar RON95
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan terdapat isu teknikal berhubung integrasi antara sistem...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd