• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Sakit, Perbicaraan Kes Shahrir Ditangguhkan

oleh Mohd Arshad
15/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saksi Sakit, Perbicaraan Kes Shahrir Ditangguhkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Ab Samad yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak, ditangguhkan kepada 22 Disember kerana saksi penting pendakwaan tidak sihat, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi, memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi ke-22 pendakwaan (SP22) yang juga Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurzahidah Yacop telah diberi sijil cuti sakit (MC) hari ini daripada Klinik Kesihatan Putrajaya.

“Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 Januari depan,” kata hakim.

Terdahulu, Rasyidah Murni berkata, Nurzahidah semalam memohon kepada mahkamah untuk membenarkannya ke klinik bagi mendapatkan rawatan, dan pihak pendakwaan menerima MC daripada saksi itu yang salinannya akan diberikan kepada peguam, hari ini.

“Hari ini ditetapkan untuk sambung bicara bagi pihak peguam menyoal balas saksi berkenaan (Nurzahidah). Saksi ini penting untuk kes ini dan pihak pendakwaan tidak berniat melengah-lengahkan masa mahkamah. Memandangkan ini adalah soal kesihatan, ia tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak.

“Oleh itu, kami mohon perbicaraan hari ini ditangguhkan, manakala tarikh ditetapkan sebelum ini, iaitu 22 dan 23 Disember dikekalkan untuk kami memanggil saksi berkenaan serta Datuk Seri Najib,” katanya.

Sementara itu peguam, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir, mengesahkan pihaknya sudah menerima maklumat itu melalui aplikasi WhatsApp, semalam, dan mendoakan saksi terbabit cepat sembuh untuk hadir semula ke mahkamah menyambung keterangannya.

“Saya menghormati permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini dan pihak pembelaan tidak memandang ringan perkara ini. Bagaimanapun, kami mohon supaya kes ini dapat diselesaikan segera memandangkan anak guam saya cuba untuk membersihkan namanya sebagai kluster mahkamah.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau (Shahrir) tidak bertanding atas alasan ia tidak adil untuk pengundi di Johor Bharu kerana dalam minda rakyat, beliau adalah kluster mahkamah,” katanya dan memohon supaya tarikh perbicaraan juga ditetapkan pada Januari depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd ‘Afif Ali kemudian berkata pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk menangguh dan melambatkan prosiding kes itu, malah sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya demi keadilan semua pihak.

Shahrir, 72, didakwa terbabit pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bernama-

Tags: LHDNshahrir ab samadSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd