JOHOR BAHRU: Seorang remaja antara tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian mencuri dan menceroboh kediaman milik kerabat diraja Johor, di sini semalam.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata mereka yang masing-masing berusia 16, 19 dan 47 tahun, ditahan pada jam 11.40 pagi di lokasi kejadian susulan laporan yang dibuat jam 10 pagi.
Bagaimanapun, beliau berkata, dua individu berjaya melarikan diri dan polis sedang berusaha mengesan mereka.
“Polis turut merampas dua kereta, satu unit mesin gergaji, empat helai sarung tangan kain, tiga telefon bimbit pelbagai jenama, satu kunci kereta dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM150.
“Hasil semakan dan saringan air kencing terhadap ketiga-tiga individu itu mendapati mereka tiada rekod jenayah selain negatif dadah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.
Bernama-